MPL PH melarang keras individu yang menjadi “scalper” tiket playoff

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina melarang keras tindakan individu menjual tiket playoff dengan harga yang tinggi kepada para peminat yang tidak sempat membeli tiket.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Philippines (@mpl.ph)

Pengumuman itu dibuat melalui hantaran di akaun rasmi Instagram mereka. Mereka akan mengambil langkah di mana setiap pembeli tiket melebihi 5 keping akan dikenakan tindakan.

“Individu yang melakukan scalping dilarang keras di dalam playoff MPL PH S10. Pihak organisasi akan memantau individu yang membuat pembelian melebihi 5 tiket di dalam satu transaksi akaun.

“Tindakan tegas akan diambil kepada individu yang melanggar peraturan ini.” tulis mereka di dalam hantaran itu.

Namun begitu, ramai di antara peminat yang meminta MPL PH berpindah ke lokasi yang boleh memuatkan lebih ramai orang bagi menampung lebih ramai penonton.

Bagi peminat Malaysia pula, MPL MY akan mengadakan saingan playoff di tempat yang lebih terbuka di dalam Quill City Mall dan kemasukan adalah percuma. 

RELATED NEWS

+