MPL SG musim keenam akan bermula pada 9 September ini

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Singapura musim keenam akan memulakan musim liganya pada hujung minggu ini. Lapan pasukan terbaik Singapura akan bertarung selama empat minggu dari 9 September hingga 30 September bagi merebut hadiah wang terkumpul SG$100,000. 

Pemenang akan layak secara terus ke Kejohanan Dunia MLBB, M5 yang akan dianjurkan di Filipina.

Hasil jualan tiket bagi liga ini yang akan diadakan di Zenway Studios, Singapura juga sudah habis terjual namun peminat tetap boleh hadir ke lokasi acara dengan kemasukan percuma.

Bagi format pula, ia akan dimainkan dalam format Best of Three (BO3) single round-robin manakala di playoffs akan dimainkan ‘double elimination’ yang mana empat pasukan teratas akan ke upper bracket dan empat tercorot ke lower bracket.

Hari pertama MPL SG akan menyaksikan HomeBois dan Alchemy SG berentap di perlawanan pembukaan:

HomeBois SG antara pasukan yang dinanti persembahan mereka kerana jenama HomeBois dibawa. HomeBois sangat popular di Malaysia dan kini antara pasukan MLBB terkuat di musim liga MPL MY S12.

Bagi mengikuti lebih lanjut mengenai perkembangan liga ini, boleh layari mereka di FacebookInstagramTikTokTwitch, dan YouTube serta Group FB rasmi mereka.

RELATED NEWS

+