MPLI 2021 mencatatkan jumlah penonton tertinggi

Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 anjuran ONE Esports bersama Moonton yang berlangsung daripada 2 hingga 7 November baru-baru ini sudah pun melabuhkan tirai mereka. 

Kejohanan liga yang membabitkan pasukan-pasukan Mobile Legends terbaik Asia Tenggara itu menyaksikan ONIC ID berjaya menjulang gelaran juara selepas menewaskan Blacklist International. 

Selain itu, MPLI 2021 juga sudah berjaya mencatatkan peningkatan jumlah penonton tertinggi berbanding siri MPLI 2020.

Kejohanan liga itu mencatatkan peningkatan sebanyak 140% jumlah penonton iaitu sebanyak 1,736,162 penonton di mana perlawanan Blacklist International menentang Rex Regum Qeon (RRQ) Hoshi sedang berlangsung. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Esports Charts (@esportscharts)

Pada kejohanan yang sama tahun lalu, mereka hanya berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 723,856 penonton sahaja. Hal ini menunjukkan sokongan positif daripada peminat-peminat Mobile Legends bagi rantau Asia Tenggara dan peminat-peminat pasukan secara khususnya. 

Mungkin tahun hadapan lagi tinggi?

Sumber: EsportsCharts

RELATED NEWS

+