MSC: Geek Fam Masih Kekal Momentum, Perlu Bertarung Lagi Jumaat Ini

Geek Fam adalah wakil sulung Malaysia ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2019 dan hari ini mereka berdepan skuad Filipina, Bren Esports dan IDNS Thailand di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, dengan kekalahan 1-2 dengan Bren dan kemenangan tipis 2-1 ke atas juara MSC 2017, Geek Fam masih perlu bertarung Jumaat untuk penentuan ke playoffs. Empat pasukan akan tersingkir dan mereka perlu berhempas pulas untuk mempertahankan kedudukan dalam kejohanan ini!

Ayuh kita berikan sokongan kepada mereka pada hari Jumaat nanti!

Buat masa ini masih belum ada kemaskini pada jam berapa perlawanan ini akan dimulakan pada lusa tapi kami akan maklumkan kepada korang jika ada berita terbaru!

Korang boleh saksikan kembali perlawanan pada hari ini:

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Gambar featured image: FB Geek Fam Mobile Legends

RELATED NEWS

+