Muhammad Amirul “Topcast” dibawa masuk sebagai penganalisis NSP Astra

Baru-baru ini NSP Esports sudah mengambil pasukan pencabar baru PMPL, Astra X yang akan bermain di PMPL MY/SG musim keempat sebagai NSP Astra.

Terkini, penganalisis, pengulas dan juga pemain PUBG Mobile, Muhammad Amirul “Topcast” Hazim Alias diumumkan akan bersama NSP Astra sebagai penganilisis pasukan itu. Pengumuman itu dibuat dalam sebuah hantaran Facebook NSP Esports baru sahaja tadi.

Topcast sebelum ini pernah mengulas kejohanan PMPL MY/SG musim ketiga dan PMNC Malaysia 2021. Boleh dikatakan teknik kupasan beliau tentang permainan itu sangat bagus dan penuh dengan info-info yang berguna kerana beliau juga seorang pemain PUBG Mobile itu sendiri.

Dengan kemasukan Topcast ke dalam pasukan NSP Astra sebagai penganalisis, pasti akan ada strategi-strategi yang menarik bakal digunakan oleh pasukan itu menghadapi 19 pasukan yang lain bagi menjadi juara PMPL musim keempat.

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Topcast di atas pelantikan beliau sebagai penganalisis! Selamat maju jaya bersama NSP Astra.

RELATED NEWS

+