potensi besar industri teknologi digital kepada belia dalam pelbagai aktiviti menarik."> potensi besar industri teknologi digital kepada belia dalam pelbagai aktiviti menarik." /> potensi besar industri teknologi digital kepada belia dalam pelbagai aktiviti menarik." />

#mydigitalmaker Fair 2018: Saksikan Pertarungan Sengit Antara Pasukan Mobile Legends Dalam Kitamen Legends

#mydigitalmaker Fair 2018 kembali lebih meriah tahun ini bagi berikan pendedahan terhadap potensi besar industri teknologi digital kepada belia dalam pelbagai aktiviti menarik.

Bagi memeriahkan lagi suasana #mydigitalmaker Fair 2018, Kitamen menganjurkan kejohanan Kitamen Legends membawakan barisan pasukan terbaik Mobile Legends berlawan antara satu sama lain di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 30 September ini.

Sebanyak lapan pasukan dijemput untuk menjayakan pertandingan Kitamen Legends: Mobile Legends. Jom kita lihat pasukan bakal merebut gelaran Legends pada hari Ahad ini:

Lapan pasukan di atas akan bertempur untuk merebut hadiah wang terkumpul sebanyak RM5,000 dan juga hadiah tambahan. Juara kejohanan ini akan membawa pulang RM2,500 berserta 2,500 diamonds bagi setiap pemain manakala tempat kedua akan memenangi RM1,500 dan 1,000 diamonds. Tempat ketiga akan diberikan kepada dua pasukan iaitu hadiah sebanyak RM500 berserta 500 diamonds.

Pasukan manakah yang bakal menempa nama ‘Legendary’ dalam kejohanan Kitamen Legends: Mobile Legends?

Berikan sokongan padu terhadap pasukan kegemaran korang di #mydigitalmaker Fair 2018 pada 29 dan 30 September bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selain itu, jangan lupa untuk singgah ke booth MyGameOn dan Media Prima Digital untuk bermain game buatan Malaysia dan peluang untuk berjumpa bersama streamer terkenal tanahair serta peluang untuk memenangi cenderamata eksklusif dari MyGameOn! Jumpa korang di sana!

RELATED NEWS

+