Naruto: Slugfest – Game Mobile Rasmi Naruto Akan Dilancarkan Di Asia Tenggara Oleh Cubinet

Cubinet Interactive mengumumkan hak penerbitan Naruto: Slugfest untuk pasaran Asia Tenggara.

Naruto: Slugfest merupakan game berdasarkan siri Naruto berbentuk aksi 3D open-world MMORPG yang pertama di dunia dibangunkan untuk peranti mudah alih. 

Naruto: Slugfest adalah game mobile rasmi yang diselia oleh Shueisha, Studio Pierrot dan TV Tokyo. Game ini mengolah keseluruhan dunia Naruto dengan grafik 3D bersama karakter baru yang dicipta oleh pakar animasi daripada studio asal yang membuat anime untuk membawa pemain merasai penceritaan klasik iaitu kembali ke Kampung Konoha (Leaf Village).

Baru-baru ini, Naruto: Slugfest selesai ujian Alpha sekitar April 2019 dan akan merancang untuk Closed Beta Test (CBT) khas untuk pemain di rantau Asia Tenggara.

Setakat ini, pihak Cubinet belum lagi mengumumkan tarikh rasmi untuk Naruto: Slugfest.

Untuk maklumat lanjut tentang Naruto: Slugfest, korang boleh layari laman Facebook rasmi di sini.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+