Netizen terus “hujat” Geek Fam ID

Pasukan Geek Fam ID kini di dalam kedudukan tercorot MPL ID musim ke-9 . Mereka gagal untuk mendapatkan satu kemenangan sepanjang lima minggu itu.

Mereka tidak pernah lolos ke playoff sejak musim keempat dan nampaknya perkara ini mungkin terjadi lagi untuk musim ini.

Di dalam satu temubual ekslusif ONE Esports bersama jurulatih Aura Fire, dia bercerita tentang masalah Geek Fam untuk bangkit di MPL ID.

“Tentang Geek Fam ID, mereka memiliki masalah yang cukup kompleks. Kalau mereka boleh menaik taraf atau keluar dari masalah mereka saat ini, saya berasa sangat teruja. Mereka semua bijak untuk menyelesaikan masalah itu,” ucap Reza kepada ONE Esports.

Reza juga menyeru netizen untuk menghentikan mencaci dan memandang rendah pasukan Geek Fam ID.

“MPL itu sangat kompleks dan saya sedih melihat netizen yang mencaci Geek, kerana saya pernah ada di posisi itu dan mengubahnya itu tidak semudah seperti anda semua andaikan,” katanya.

Foto dan sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+