New World ditangguh lagi selepas beta tertutup berjaya

Permainan MMO New World daripada Amazon ditangguh sebulan lagi, daripada 31 Ogos ke 28 September.

Perkara ini diumumkan di laman Twitter New World, di mana mereka menerangkan selepas kejayaan beta tertutup baru-baru ini, mereka memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan maklum balas yang diterima.

Pasukan New World menyatakan mereka memerlukan lebih masa untuk menyelesaikan masalah pepijat, perbaiki kestabilan permainan dan menggilap permainan secara menyeluruh. Mereka juga nyatakan, permainan itu mendapat sokongan yang baik daripada pemain, dan hampir sejuta pemain bermain hingga 16 juta jam keseluruhan.

Mereka juga nyatakan penangguhan ini bukanlah keputusan yang mudah, tetapi ini juga bukanlah kali pertama ditangguh demi memberikan kualiti permainan yang terbaik untuk pemain.

New World sepatutnya dilancarkan pada musim bunga tahun ini tetapi Februari lalu diumumkan penangguhan hingga 31 Ogos. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+