New World menghalang pemain untuk buat karakter baru di server yang padat

New World mula menghalang pemain untuk menghasilkan karakter baru di dalam server yang padat bagi mengurangkan masa beratur.

Melalui satu kemaskini mereka di Twitter, pembangun MMO itu mengumumkan mereka kini sedang membangunkan satu sistem baru bagi membantu untuk menguruskan kapasiti server.

“Apabila server itu penuh, server itu akan dikelabukan dengan mesej ‘Pembuatan karakter dinyahdayakan bagi menghalang server daripada populasi berlebihan’,” kata Amazon Games. 

Dengan perubahan ini, pemain baru akan mempunyai bilangan server yang minima boleh diisertai. Selain itu, pembangun juga menyatakan perubahan ini takkan memberi kesan terhadap pemain sedia ada dan mereka boleh main seperti biasa. 

Bagi yang mahu cuba untuk masuk ke dalam permainan, anda boleh memeriksa kapasiti terkini server di SINI

Sejak pelancaran, Amazon Games menghadapi isu kapasiti di seluruh server New World. Jadi buat masa ini mereka menyarankan untuk pemain baru masuk ke server yang lebih sedikit kapasiti buat masa ini sementara mereka menyelesaikan isu ini. 

Minggu lalu, New World menjadi permainan paling kerap dimainkan untuk tahun 2021 di Steam dengan menerima jumlah pemain yang tinggi pada satu masa. Semalam, direkodkan ia kini mempunyai jumlah pemain seramai 913,634.

RELATED NEWS

+