Nimo TV tutup operasi global akibat sekatan dari China

Platform penstriman terkenal di Indonesia iaitu Nimo TV kini mengumumkan penutupan operasi mereka di Indonesia.

Difahamkan, hal ini terjadi kerana syarikat Huya yang memiliki Nimo TV sudah beberapa kali dikenakan sekatan oleh kerajaan China.

Antara sekatan yang dikenakan adalah menghadkan kadar masa streaming dan gaming kepada remaja di bawah usia 18 tahun.

Penutupan operasi Nimo TV terjadi kerana Tencent selaku pelabur di dalam syarikat itu membuat keputusan untuk menarik diri oleh kerana sudah banyak sekatan dari kerajaan China dilakukan.

Ramai pemain profesional yang menggunakan platform itu untuk melakukan streaming.

Adakah dengan penutupan operasi ini, mereka akan beralih ke platform lain seperti Youtube, Facebook Gaming? Sama-sama kita nantikan.

Terdahulu, Nimo TV mula bertapak di Indonesia pada tahun 2019 dan platform itu semakin popular dengan kehadiran ramai pemain profesional.

Malah, pemain profesional PUBGM tempatan, Azim Ikromi atau Draxx turut stream di platform itu.

Sumber: Esportsinsider

RELATED NEWS

+