Ninja mula stream di Youtube selepas Mixer ditutup

Ninja mungkin sudah spoilkan satu pengumuman paling besar buat peminat – menandatangi kontrak bersama Youtube.

Kita semua tahu Ninja menandatangani kontrak dengan Mixer pada tahun lalu, satu platform penstriman langsung keluaran Microsoft. Dengan pengumuman Mixer yang gulung tikar pada bulan lalu, Ninja kembali ‘berada’ di pasaran dan dibayar segala wang yang dijanjikan dalam kontrak.

Sejak itu, ramai yang terfikir bagaimana Ninja dan Shroud (seorang lagi penghibur penstriman langsung popular) akan memilih platform mereka seterusnya, sama ada Twitch, Youtube atau Facebook.

Ninja juga mempunyai pelanggan yang ramai di Youtube sebanyak 23 juta jadi spekulasi ini susah untuk dinafikan.

Malah, semalam test stream dilakukan dengan lebih 130,000 penonton serentak tapi video tersebut telah dipadam. Bagaimanapun, video lain yang memaparkan Ninja strim Fortnite masih dikekalkan.

Kini, Ninja tidak membuat sebarang pengumuman jika Youtube adalah platform eksklusif dipilihnya dan jika beliau terbuka untuk stream di platform lain.

RELATED NEWS

+