Nintendo Switch Akan Melancarkan Fungsi Dalam Talian Bermula September Ini

Nintendo Switch Online, satu sistem langganan premium yang dinantikan selama ini akhirnya diumumkan untuk pelancaran rasmi pada September 2018. 

Pengguna dikatakan perlu membayar harga langganan bermula AS3.99 (RM16) untuk sebulan dan AS19,99 (RM78) untuk 12 bulan. Servis ini membolehkan pengguna untuk bermain game di Switch secara dalam talian (ia masih percuma tapi akan dikenakan caj apabila servis ini dilancarkan kelak).

Pelanggan juga akan menerima akses untuk permainan klasik Nintendo seperti Super Mario Bros. 3, Balloon Fight dan Dr. Mario. 

Sumber: Kotaku 

TAGS

RELATED NEWS

+