Nova Esports juara PMGC, Team Secret di tempat ketujuh

Setelah empat hari yang berlangsung di dalam kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC), kini kita telah sampai ke peringkat akhir dan pasukan Nova Esports telah dinobatkan sebagai juara untuk Season 0 ini. 

Pasukan Nova Esports berjaya mendapat wang hadiah yang lumayan berjumlah AS$700,000 (RM2,832,900) dengan mata terkumpul sebanyak 319 mata.

Permulaan mereka di peringkat league play tidaklah begitu hebat dengan hanya mendapat tempat yang kelapan di dalam seluruh permainan. Setelah mengubah strategi mereka di peringkat league grand final, corak permainan mereka menjadi sangat konsisten.

Meskipun tidak mengumpul banyak mata dari hari pertama dan kedua, pasukan dari China ini berhabis-habisan mengejar mata di hari ketiga dan terakhir ini. Mereka bermain dengan sangat agresif, skill level yang ditunjukkan sangat konsisten dan kerap mendapatkan peluang untuk mengawal bulatan dengan baik.

Boleh dikatakan siapa sahaja yang bertemu dengan mereka pasti akan diratakan berdasarkan purata kill mereka sepanjang 4 hari tersebut. Hanya pasukan 4AM sahaja yang menjadi duri di dalam daging buat pasukan mereka, pasukan 4AM juga mempunyai kill yang banyak yang turut disumbang oleh Sukk dengan kill point yang terbanyak di dalam peringkat akhir ini.

Persaingan yang sengit untuk merebut tempat pertama, mereka harus menghadapi saingan dari pasukan Zeus Esports dan juga pasukan senegara mereka iaitu 4AM. Kedua-dua pasukan ini juga menunjukkan corak permainan yang sangat baik pada hari ketiga dan keempat ini.

Zeus Esports boleh dikatakan sebagai pasukan underdog di sepanjang kejohanan dunia ini. Pada mulanya mereka tidak menunjukkan taring mereka tapi kemudiannya mendapatkan banyak kill demi kill untuk melonjakkan mereka ke top 3 meskipun hanya berbekalkan dua kali WWCD.

Pemain star mereka Paraboy dan juga Order sering membantu mendapatkan jumlah kill yang banyak untuk meningkatkan markah mereka ke tempat yang pertama. Paraboy banyak kali disebut sebagai pemain PUBG Mobile yang terbaik di dunia. Beliau berjaya mencecah 10 ribu mata damage terhadap musuh begitu juga dengan Order.

Pada peta terakhir Erangel, pasukan 4Am telah diratakan oleh pasukan Futbolis dan Zeus Esports juga telah diratakan oleh pasukan RRQ di minit awal. Ini menyebabkan mereka telah kehilangan peluang untuk menjadi juara. Manakala, pasukan Nova Esports meskipun sudah menjadi juara, mereka mengakhiri perjuangan mereka dengan tempat yang keempat di peta terakhir itu.

WWCD di peta terakhir Erangel milik pasukan PW888 yang mendapat keseluruhan 18 mata bunuh.

RELATED NEWS

+