Nukkye berputus asa dengan ‘perangai’ G2 VALORANT dan ingin bersara

Pemain G2 Esports VALORANT Žygimantas ‘nukkye’ Chmieliauskas mendedahkan bahawa segalanya gundah-gulana dalam pasukan dan beliau mungkin memutuskan untuk bersara sebagai pemain profesional.

G2 adalah sebuah pasukan dominan dalam VALORANT rantau Eropah pada tahun pertama permainan dan memenangi beberapa siri acara antarabangsa, tetapi mereka tidak dapat mengulangi kejayaan itu pada tahun 2021.

Selepas beberapa siri keputusan yang mengecewakan, organisasi yang bertapak di Berlin itu merombak barisan pemain pada bulan Jun dan mengekalkan hanya Óscar ‘mixwell’ Cañellas Colocho daripada barisan asal.

Pasukan itu berjaya melalui Playoff Challengers Tahap 3 VCT ​​dan kemudian mempamerkan aksi hebat di acara VALORANT Champions Tour 2021: Stage 3 Masters – Berlin di mana mereka mara ke separuh akhir.

Bagaimanapun, G2 mengalami satu lagi tamparan hebat beberapa minggu kemudian kerana mereka gagal melayakkan diri ke VALORANT Champions selepas menduduki tempat ketiga setelah bertemu Team Liquid dan Guild Esports dalam VALORANT Last Chance Qualifier EMEA.

Masalah Dalaman G2

Pemain itu menyatakan bahawa terdapat pelbagai masalah dalaman yang sedang berlangsung dalam pasukan G2 buat masa ini. Peminat juga bertanya jika nukkye akan terus bermain dalam G2 tetapi nukkye berkata bahawa beliau tidak akan meneruskan bermain dengan G2 jika ‘seseorang ini’ terus berada di dalam pasukan.

Kata nukkye, “Mungkin tahun depan saya akan menjadi pencipta kandungan,” Beliau juga menyatakan tentang ketidakpastian rancangan masa hadapan beliau, “Siapa tahu? Kita akan lihat bagaimana kehidupan berjalan. Mungkin saya akan bersara sepenuhnya daripada esports. Anda tidak pernah tahu,”

“Saya tidak tahu bagaimana situasi pasukan akan berlaku. Jika orang tertentu kekal dalam pasukan, saya tidak akan bermain dengan mereka,”

Ciapan di bawah ini menunjukkan sedutan video yang sudah dipadam dari Twitch nukkye yang menerangkan keadaan yang dihadapi beliau.

nukkye segera memadamkan klip itu daripada saluran Twitchnya tetapi klip sudah pun menjadi viral di Twitter, di mana ramai menyertai perbincangan mengenai isu pasukan G2.

RELATED NEWS

+