ONE Esports adalah media rasmi bagi WCS SEA

Anak syarikat ONE Championship (ONE), ONE Esports kini bekerjasama dengan Riot Games dan dilantik sebagai media rasmi untuk kejohanan Juara Asia Tenggara League of Legends (WCS) SEA yang akan berlangsung pada 23 April hingga 8 Mei ini.

WCS membabitkan negara dari Asia Pasifik iaitu Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Empat pasukan yang memenangi kejohanan serantau ini akan mewakili Asia Pasifik di Kejohanan Global Icon di Eropah di mana pasukan akan bertanding dengan hadiah terkumpul AS$200,000 (RM854,000).

Sebagai sebahagian dari kerjasama ini, akan ada satu siri video Wild Rift terbitan ONE Esports iaitu WCS X ONE Presents: Rift Week yang akan terbahagi kepada lima episod mengenai WCS.

Ia akan merangkumi highlight kejohanan, temubual pemain, interaksi peminat dan banyak lagi. Malah, artikel terbitan ONE Esports akan merangkumi lima bahasa termasuk Bahasa Indonesia.

Terdahulu, pasukan SEM9 berjaya layak ke WCS Finals selepas menewaskan RSG di pusingan akhir WCS MYSG.

Selain itu, SEM9 turut melayakkan diri ke Sukan SEA 2021 sebagai wakil negara.

Nantikan info lanjut mengenai WCS Finals tak lama lagi.

RELATED NEWS

+