fitnah kepada Izzrudin Hashim (Jumper) dan juga Axis Esports."> fitnah kepada Izzrudin Hashim (Jumper) dan juga Axis Esports." /> fitnah kepada Izzrudin Hashim (Jumper) dan juga Axis Esports." />

OTG “ban” KHI Esports dari Scrim SSS

Terdahulu, timbul isu seorang pemain profesional PUBG Mobile dari Filipina iaitu Demigod dari pasukan KHI membuat kenyataan fitnah kepada Izzrudin Hashim (Jumper) dan juga Axis Esports.

Terkini, OnTheGo memuat naik status menyatakan salah seorang pemain dari pasukan itu iaitu Rankid sudah memuat naik satu kandungan yang mengandungi perbualan antara OTG, Maira dan pemilik pasukan KHI.

Isu ini menyebabkan nombor telefon OTG terdedah kepada orang ramai. Oleh sebab itu, dia kerap mendapat panggilan dari nombor-nombor yang tidak dikenali.

OTG sudah mengharamkan pihak KHI Esports untuk bermain di dalam scrim SSS selepas ini. Dia juga menyifatkan pasukan KHI tidak profesional kerana membiarkan pemain mereka mendedahkan nombor peribadinya demi sebuah “content“.

Diharap pihak KHI akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini. Ianya bukan satu isu yang kecil kerana nombor peribadi  tidak boleh didedahkan tanpa pengetahuan dan persetujuan dari individu itu sendiri.

RELATED NEWS

+