Overwatch: Acara Winter Wonderland Bermula Hari Ini, Dapatkan Kostum Krismas Baru

Krismas kini tiba lebih awal dalam Overwatch!

Acara Winter Wonderland bermula pada hari ini dengan pelbagai kandungan baru tersedia oleh Blizzard seperti kostum-kostum baru, emote, spray dan mod game yang bertemakan Krismas.

Sepanjang tiga minggu ini, korang boleh mendapatkan kostum edisi terhad Winter Wonderland melalui lootbox atau beli menggunakan wang in-game. Siap-siap kumpul lootbox, ya.

Berikut adalah rekaan kostum yang bermotifkan suasana Krismas untuk hero seperti Mercy, Symmetra, Junkrat dan ramai lagi.

Biathlon Widowmaker

Festive Reinhardt

Figure Skater Symmetra

Krampus Junkrat

Gift Wrap Bastion

Snowboarder Zarya

Snow Fox Lucio

Winter Ashe

Sugar Plum Fairy Mercy

Selain itu, pemain berkesempatan untuk mencuba kembali fiesta salji dengan kepulangan mod arked Yeti Hunter dan Mei’s Snowball Offensive yang memfokuskan dua hero: Mei dan Winston. 

Seperti biasa, kawasan map dalam Overwatch di Hanamura, Blizzard World, King’s Row dan Black Forest juga bertukar wajah untuk melengkapi acara Winter Wonderland ini!

Winter Wonderland Overwatch kini bermula pada 12 Disember sehingga 3 Januari 2019 dan korang sudah boleh mula download kandungannya di PC, Xbox One dan PS4.

RELATED NEWS

+