Overwatch Akan Hadir Ke Nintendo Switch?

Permainan First Person Shooter (FPS) milik Blizzard iaitu Overwatch berkemungkinan besar akan ‘diportkan’ ke Nintendo Switch apabila case bertemakan permainan video itu dikatakan tersenarai dalam produk dijual di Amazon.

Menerusi kicauan pengguna Twitter Wario64 mendapati case Nintendo Switch bertemakan Overwatch tampak rasmi dan disenaraikan di bawah Amazon sekali gus membuktikan produk itu bukanlah tiruan.

Bagaimanapun, ia sudah pun dipadamkan di laman web Amazon kerana mungkin Blizzard belum bersedia untuk mendedahkan berita ini.

Ramai peminat percaya mungkin Blizzard akan mengumumkan versi Nintendo Switch untuk Overwatch selepas sekian lama permainan video popular ini dikeluarkan hanya di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Comicbook

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+