Ozoraveki tinggalkan Geek Fam

Pemain Geek Fam Wild Rift, Poon Kok Sing (Ozoraveki) sah meninggalkan skuad itu.

Dalam satu hantaran di Instagram, Geek Fam mengesahkan berita itu.

“Satu perjalanan yang sangat hebat untuk anda sepanjang bersama kami.

“Kami harapkan kejayaan untuk anda di masa depan,” tulis kenyataan itu.

Ozoraveki sebelum ini membantu skuad itu untuk memenangi SEA Icon Series Malaysia.

Namun, kelibatnya di musim luruh tidak kelihatan jadi ada yang membuat andaian jika Veki menjadi pemain tidak aktif.

Beliau juga pernah bermain untuk skuad Mobile Legends dan memasuki Liga Profesional.

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+