Pasukan Free Fire tempatan, Geek Fam sebelum ini sudah melepaskan barisan pemain selepas tamat Siri Cabaran Free Fire (FFCS) musim kedua. Organisasi e-sukan itu mahu tampil berwajah baru apabila membawa masuk bekas pemain pasukan itu.
Geek Fam menerusi satu muat naik di Instagram, mengumumkan roster baharu bagi menghadapi MCPS akan datang dengan penambahan dua muka baharu iaitu Yasta dan Snakee.
View this post on Instagram
Namun, hanya tiga pemain asal pasukan itu yang terlihat iaitu Haziq, Apizz dan Raine. Kelibat rusher, Shoyuu masih menjadi tanda tanya.
Berdasarkan kenyataan rakan sepasukan, Shoyu tidak dimasukkan dalam barisan kali ini atas faktor ingin memberi fokus terhadap pelajaran.
Beberapa pemain seperti Haziq, Apiz dan Haqeemy sebelum ini terpalit dengan isu smurfing di kelayakan MCP musim kedua yang mengakibatkan mereka dikenakan penggantungan selama setahun oleh Garena Free Fire.
Selepas tamat tempoh penggantungan, tiga pemain ini kembali ke arena e-sukan Free Fire dan masih bersemangat bagi mengecapi kejayaan baru bersama pencapaian yang lepas.
Antara pencapaian yang diraih pasukan ini adalah seperti:
-Juara Tri-Nation Cup 2020
-Ketujuh Free Fire Continental Series 2020: Asia
-Keenam Peringkat liga Kejohanan MCP musim pertama
-Juara Grand Final Kejohanan MCP musim pertama
-Kesembilan keseluruhan Siri Dunia Free Fire 2021