Paper Rex berjaya ke VALORANT Masters

Selepas mengharungi pusingan yang cukup mencabar di VALORANT Champions Tour (VCT) APAC peringkat kedua Challengers, kini pasukan wakil MY/SG, Paper Rex berjaya membawa harapan rantau ini untuk ke kejohanan VALORANT Masters.

Bersama-sama mereka adalah skuad XERXIA dari Thailand.

Difahamkan, Paper Rex terdiri daripada pemain-pemain berbakat dari Indonesia dan seorang pemain Malaysia, Khalish Rusyaidee (d4v4i).

Dalam pertembungan peringkat knockout, Paper Rex berjaya menewaskan saingan hebat seperti Alter Ego, Bleed Esports, Team Secret dan kemudian XERXIA.

VCT Masters akan bermula pada 10 Julai hingga 24 Julai iniIa akan diadakan di Copenhagen, Denmark.

RELATED NEWS

+