Pelancaran Prince of Persia: The Sands of Time Remake ditunda lagi

Ubisoft telah mengumumkan penundaan pelancaran Prince of Persia: The Sands of Time Remake. Malangnya, penerbit tersebut hanya mampu menyatakan ia akan dilancarkan pada “satu tarikh kemudian”.

Permainan ini pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada 21 Januari tahun ini, lalu ia diubah ke 18 Mac tahun ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ubisoft tidak menerangkan sebab utama di sebalik penundaan ini. Penulis yakin punca utama adalah gangguan kerja dari pandemik COVID-19 dan Ubisoft juga tidak mahu mengulangi kesilapan Cyberpunk 2077.

Prince of Persia: The Sands of Time Remake akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Versi konsol generasi kini belum diumumkan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+