Pemain BREN Esports VALORANT keluar sebab masalah visa?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini dengar berita tentang pasukan VALORANT BREN Esports tidak dapat pergi ke Berlin bertanding dalam kejohanan VALORANT Champions Tour (VCT) Masters akibat masalah visa.

Lebih mengejutkan, hari ini Bren Esports mengumumkan bahawa pasukan VALORANT mereka meninggalkan organisasi untuk mencari peluang baru di luar sana.

Namun, tiada sebab dinyatakan kenapa mereka meninggalkan pasukan.

Pasukan VALORANT ini juga menjadi pasukan e-sukan pertama dari Filipina yang memenangi SEA Championship dan BREN Esports VALORANT akan sentiasa menempah nama di dalam sejarah e-sukan Filipina.

Mereka terdiri daripada Borkum, Jessievash, Dispenser, Witz dan Dubstep.

BREN Esports menghormati keputusan pasukan VALORANT mereka dan mengucapkan semoga berjaya untuk karier e-sukan pemain-pemain ini.

RELATED NEWS

+