Pemain Lagenda Dan Pengulas Starcraft 2, Geoff Robinson Meninggal Dunia

Hari yang menyedihkan buat komuniti e-sukan sedunia apabila pemain profesional dan pengulas Starcraft 2, Geoff “iNcontroL” Robinson meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat penyakit yang tiba-tiba menyerang tubuhnya.

Mengikut laporan Dot Esports, Robinson bermula sebagai salah seorang pemain Starcraft 2 yang awal, menerima akses beta untuk permainan itu. Mendiang juga pernah menyertai organisasi Evil Geniuses pada 2009 dan menerajui roster SC2 mereka. EG ketika itu berjaya menubuhkan gaming house di Korea, negara yang menjadi ‘rumah’ kepada e-sukan Starcraft.

Robinson kemudian meninggalkan organisasi itu dan memulakan karier sebagai pengulas dan pencipta kandungan malah beliau juga pernah menyertai beberapa siri podcast dan menganjurkan pertandingan. Ramai yang memberikan penghormatan terakhir kepada Robinson kerana menaikkan arena Starcraft di Amerika Syarikat.

Setakat artikel ini ditulis, keluarga Robinson masih belum memberikan sebab kematian. Tapi di Twitter rasminya, mereka meninggalkan mesej “teruskan hidup di atas gelak tawa dan kasih sayang daripadanya,”

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+