Pemain Malaysia tunjuk kehebatan di TI10, ini dia gameplay menarik dari peringkat kumpulan

Kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 10 (TI10) sudah tamat pusingan kumpulan dan kini kita dapat lihat saingan terbesar yang bakal menentang satu sama lain seperti Team Secret vs OG yang akan berlaku hari ini. Pemain-pemain yang berasal dari Malaysia juga melakukan yang terbaik untuk memperoleh kedudukan mereka pada waktu ini.

Ini jadual (GMT+8) perlawanan pasukan yang mempunyai pemain-pemain dari Malaysia:

  • Invictus Gaming vs Team Spirit: 3PM, 12 Oktober
  • Undying vs Fnatic: 8PM, 12 Oktober
  • PSG.LGD vs T1: 2PM, 13 Oktober

Invictus Gaming diwakili JT- dan Oli, PSG.LGD mempunyai NothingToSay, dan Fnatic mempunyai ChYuan. 

Invictus Gaming dan PSG.LGD akan bertarung untung mengekalkan kedudukan di bracket atas, manakala Fnatic akan mencuba sehabis baik untuk kekal dalam TI10 kerana mereka berada di bracket bawah yakni kalah mati dalam perlawanan B01.

Jom kita lihat beberapa plays yang pemain-pemain ini sudah lakukan dalam peringkat kumpulan yang berlangsung pada minggu lepas.

Invictus Gaming

Invictus Gaming menunjukkan prestasi cemerlang menentang juara bertahan OG di hari keempat peringkat kumpulan.

JT- yang menggunakan Earthshaker memainkan peranan initiator serta stunner yang membolehkan teamfight berjalan dengan lancar. Peranan beliau juga amat kritikal lebih-lebih lagi di peringkat penamat perlawanan.

Oli juga memainkan peranan sokongan dengan menggunakan hero Io. Di klip di bawah, Oli mengumpan Monkey King dan berjaya menumpaskan Topson dan Saksa.

Invictus menamatkan perlawanan ini dengan kemenangan, namun OG juga memenangi satu perlawanan sebelumnya, yang menjadikan skor 1-1 dalam BO3.

PSG.LGD

NothingToSay membawa gaya permainan yang agak agresif dengan menggunakan Tinker.

Pada perlawanan hari kedua peringkat kumpulan di mana PSG.LGD bertemu Team Secret, NothingToSay memainkan peranan sebagai carry yang hebat.

Pada minit ke-28, NothingToSay berjaya menumpaskan Nisha, MATUMBAMAN dan YapzOr. Kejayaan ini membolehkan LGD mendapatkan beberapa objektif penting seperti Mid dan Top Barracks Team Secret.

PSG.LGD memenangi perlawanan itu selepas mendapat Bottom Barracks.

NothingToSay juga memainkan Invoker bergaya Exort dengan berjaya menentang Fnatic pada hari kedua peringkat kumpulan di mana PSG.LGD memenangi kedua-dua perlawanan BO3 menentang Fnatic.

Fnatic

ChYuan juga menunjukkan tahap permainan yang tinggi di TI10. Antaranya klip di bawah ini di mana ChYuan mencuri Aegis of the Immortal dari Team Secret.

ChYuan juga dapat menarik 4 pemain dari pasukan ViCi Gaming dan Fnatic dapat mengeksploitasi peluang itu.

Jelas lagi, ini antara pemain-pemain Dota 2 yang terbaik dari Malaysia. Mari kita menyokong mereka dalam perlawanan iG dan PSG.LGD pada braket atas hari ini dan Fnatic braket bawah pada hari ini. 

RELATED NEWS

+