Pemain menemukan pepijat baru dalam COD Vanguard

Pemain Call of Duty Vanguard baru-baru ini berkongsi penemuan pepijat terbaru permainan itu dan ianya agak membimbangkan.

Dikongsi melalui sebuah video pendek di Twitter, CDL Intel menunjukkan pemain mendapat bantuan sasaran ‘aim assist’ yang membolehkan pemain menembak musuh melalui dinding atau ‘wallbang’. 

Pepijat itu ditemui oleh pemain ketika bermain di salah satu peta Vanguard iaitu Bocage semasa menggunakan senjata sambungan FMJ. Meskipun mereka menembak daripada jarak yang jauh, ia masih membunuh pihak lawan. 

Bahkan, terdapat juga pemain yang menyatakan mereka boleh melalukan wallbang ini tanpa menggunakan sambungan FMJ. 

Pemain masih menunggu respon rasmi daripada pihak pembangun mengenai hal ini. 

Sumber: Dexerto.

RELATED NEWS

+