Pemain pasukan HomeBois MLBB botak kerana layak ke playoff

Menerusi sebuah hantaran video Youtube DaddyHood, pemain pasukan HomeBois MLBB kelihatan sudah botak disebabkan itu menjadi nazar mereka sekiranya mereka lepas ke pusingan playoff.

Di dalam video itu, rambut pemain pasukan HomeBois MLBB dibotakkan oleh pengasas pasukan HomeBois itu sendiri iaitu Daddyhood.

Menurut Saiful, pasukan HomeBois sudah bersedia untuk menentang pasukan-pasukan yang lain dan menyiapkan meta-meta yang menarik untuk pusingan playoff ini.

Irfan juga menyebut, cabaran utama untuk pasukan HomeBois apabila mereka dikenakan denda negatif lapan. Pada awalnya mereka menyasarkan untuk upper bracket tetapi mereka tetap bersyukur kerana layak ke playoff.

Mereka juga optimis untuk mendapatkan juara pada musim ini sekaligus mendapatkan ‘slot’ untuk ke MSC 2022 yang akan berlangsung di Malaysia. Andai kata mereka tidak menjadi juara, mereka menyasarkan untuk menjadi tiga pasukan yang terbaik pada musim ini.

Adakah pasukan HomeBois berjaya untuk menjuarai MPL musim ke-9??? Sama-sama kita nantikan.

Foto: IG AVAA

RELATED NEWS

+