Vins sahut cabaran sebagai pengurus HomeBois MLBB

Dulunya pemain Todak dan kini berhijrah ke HomeBois sebagai pemain midlaner. Namun, pada musim baharu liga profesional MLBB ini, Vins menggalas posisi baharu pula sebagai pengurus pasukan HomeBois.

Vins berkata, dia mengambil keputusan sendiri untuk beralih angin.

“Memang keputusan saya sendiri mahu cabar diri jadi pengurus tapi saya ada tanya pandangan kawan-kawan juga.

“Cabarannya saya kena belajar perkara baharu seperti menyiapkan laporan dan kertas kerja.

“Tapi saya masih terbabit urusan berkaitan dalam permainan seperti menyediakan jadual scrim dan memerhatikan perlawanan mereka (pemain). Ia satu pengalaman baharu buat saya,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Vins juga berkata dia banyak menerima tunjuk ajar dari Avaa yang juga bekas pengurus HomeBois sebelum ini.

“Saya banyak belajar dari Avaa dan dia lah menjadi rujukan saya dalam banyak perkara,” akhirinya.

MPL MY S11 akan bermula tidak lama lagi. HomeBois sudah pun memulakan pengumuman ahli pasukan dan unit kejurulatihan dan pengurusan mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by HomeBois (@homebois__)

MOONTON dijangka akan mengumumkan butiran lebih lanjut mengenai liga itu dalam sidang media akan diadakan pada 17 Februari ini.

TAGS

RELATED NEWS

+