Pemain VALORANT Sentinels dipenjara akibat jenayah pencerobohan

Pemain ganti Sentinels, Hunter “SicK” Mims ditangkap pada 4 Mac lepas di Texas.

Punca penangkapan ini kerana jenayah isu pencerobohan.

Ia bermula dengan satu insiden di premis menjual Ferrari. Dia diminta meninggalkan premis namun berdegil dan kemudian ditangkap.

Maklumat penuh mengenai insiden itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

https://cdn1.dotesports.com/wp-content/uploads/2021/09/16172624/SEN-SicK-768x529.jpg

Mims kemudian berada dipenjarakan selama dua hari di Collin County di Dallas, Texas dan masih belum dilepaskan dengan ikat jamin ASD$5,000.

Jika didapati bersalah, Mims akan dikenakan denda sebanyak AS$2,000 atau penjara sehingga 180 hari.

Mims dikatakan mempunyai banyak masalah peribadi.

Beberapa pemain, ahli keluarga dan orang rapat juga cuba untuk menghubunginya.

Pasukan Sentinels juga sudah menggantung pemain ini dan bakal digantikan dengan bekas pemain OpTic.

Rujukan: dotesports

RELATED NEWS

+