Penganalisa Menganggarkan PlayStation Classic Akan Terjual Jutaan Unit

Jutaan unit! Itu yang penganalisa anggarkan bagi jualan PlayStation Classic.

Mana taknya, konsol yang diumumkan Sony ini dah berjaya menambat hati netizen di media sosial. Ramai yang bercakap mengenainya dan tak kurang juga yang dah pra-tempah walaupun ia tak didatangkan dengan DualShock controller.

Malahan, satu penganalisa percaya ia akan jadi satu fenomena pada musim percutian ini. 

Mengikut laporan GamingBolt, walaupun konsol ini hanya mempunyai 20 permainan dan banyak lagi judul belum diumumkan, ia akan terjual berjuta unit.

“Dah ada banyak sokongan untuk konsol klasik Nintendo dan saya percaya Sony juga akan mencatatkan kejayaan sama.

“Mereka semestinya berupaya menjual sekitar 1 hingga 2 juta unit tanpa masalah pun, kalau mereka (Sony) nak hasilkan sebanyak itu. Ia adalah mampu milik dan judul permainan juga bertepatan dengan harga. Jadi saya anggap bukanlah mustahil untuk mereka menjual sebanyak  itu,”

Walaupun ada yang mengatakan jualan ini akan ‘mengganggu’ penjualan konsol PS4, Michael beranggapan ia bukanlah satu masalah.

“Demografik untuk PS Classic adalah mereka yang dah mempunyai PS4 di kediaman,” 

PlayStation Classic akan hadir pada 3 Disember di seluruh dunia, berharga RM429. Murah je tu guys! Tapi korang jangan lupa AC adapter okay!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+