Pengarah The Witcher 3: Wild Hunt Sertai Pembangunan Cyberpunk 2077

Nampak gayanya Cyberpunk 2077 semakin rancak dalam pembangunan.

Konrad Tomaszkiewicz ialah salah seorang daripada tiga pengarah The Witcher 3 akan mengambil tugas baru untuk Cyberpunk 2077. Pada Januari lepas, Sebastian Stepien merupakan seorang pengarah kreatif The Witcher 3 yang turut menyandang pengarah naratif dan latar belakang Cyberpunk 2077 telah meninggalkan CD Projekt Red untuk bekerja di Blizzard.

Ini mungkin mengakibatkan Tomaszkiewicz mengambil profil baru sebagai pengarah perekaan (design director) untuk keluaran terbaru first-person shooter role-playing game (RPG).

Baca lagi: ‘Kami Sedar Ramai Tidak Suka Perspektif First-Person Untuk Cyberpunk 2077’, Kata CD Projekt RED

Dalam masa yang sama, Tomaszkiewicz turut memegang jawatan sebagai naib presiden pembangunan game di CD Projekt Red. Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Reddit yang melihat perubahan jawatan di laman LinkedIn milik Tomaszkiewicz.

Bagi yang masih lagi menunggu berita baru tentang Cyberpunk 2077, CD Projekt Red mengesahkan Cyberpunk 2077 bakal berada di E3 2019 walaupun masih lagi berbaki beberapa bulan sebelum E3 2019 datang menyinggah.

Pada tahun lepas, studio gergasi dari Poland ini telah menyajikan demo Cyberpunk 2077 di belakang tabir E3 2018 yang boleh dimainkan khas untuk pengkritik dan media sahaja.

Tidak lama kemudian, studio ini mendedahkan video gameplay Cyberpunk 2077 berdurasi selama 48 minit memaparkan kehidupan bandar futuristik sains fiksyen di Night City dan sistem combat mengikut ala Deus Ex dan Max Payne. Saksikan video itu di sini.

Selain itu, pembangun juga menjawab persoalan pemain tentang Epic Games Store, hubungan antara pemain dan watak sidekick serta microtransaction. Kami melaporkan sidekick bukan hanya fokus kepada Jackie, malah terdapat beberapa karakter sidekick yang akan menyertai misi bersama pemain.

CD Projekt Red juga tidak akan melompat ikut trend melancarkan game eksklusif untuk Epic Games Store (seperti Metro Exodus dan The Division 2) dan bakal mengeluarkan 16 DLC mingguan selepas pelancaran secara percuma!

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi pelancaran bagi Cyberpunk 2077 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+