The Division 2 Akan Dikeluarkan Secara Eksklusif Di Epic Games Store, Spesifikasi PC Diumumkan

Ubisoft akan membawa game first-person shooter, The Division 2 iaitu sekuel kepada The Division ke Epic Games Store dan Ubisoft Store pada 15 Mac 2019.

Ini adalah hasil kerjasama antara Epic dan menjadikan game triple A pertama yang melangkau Steam walaupun mempunyai halaman pre-order tersendiri sebelum ini tetapi telah dikeluarkan dari Steam. Wakil Ubisoft berkata kepada Polygon, “Kami tiada rancangan untuk melancarkan The Division 2 di Steam.” 

Menurut Gamasutra, gabungan antara dua syarikat ini bermakna mereka tengah mengintegrasikan beberapa komponen penting servis online Uplay dan Epic dengan fokus terhadap ciri sosial dan kebolehan untuk menyokong game di kedua-dua launcher. Sebagai contoh, korang boleh bermain beta The Division 2 di Epic Games Store.

Mulai sekarang, korang boleh pre-order The Division 2 di Epic Games Store. Bukan itu sahaja, Ubisoft merancang untuk membawakan senarai game terpilih di Epic Games Store yang akan diumumkan kelak. 

Bagi mereka yang telah membuat pre-order selain Ubisoft Store dan Epic Games Store, jangan risau kerana Ubisoft masih lagi mengotakan janji mereka sebaik sahaja The Division 2 dilancarkan pada 15 Mac. Kalau korang nak tahu jika PC korang boleh main The Division 2 atau tidak, korang boleh layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut.

Sejak dilancarkan pada Disember lepas, Epic menghangatkan lagi persaingan game PC setelah mendapat hak terbit eksklusif dari game developer kecil seperti Hades dari Supergiant dan juga akan melancarkan dua episod terakhir The Walking Dead: The Final Season dari Telltale Games. Malah, pembangun Fortnite dan Unreal Engine menawarkan pembahagian untung lebih tinggi iaitu sebanyak 88% kepada game developer.

Selain PC, The Division 2 bakal dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada 15 Mac 2019.

RELATED NEWS

+