Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri ucap tahniah kepada Team Haq dan Todak – MLBB

Baru-baru ini Team Haq Esports Club berjaya menjuarai Mobile Legends Profesional League Malaysia (MPL MY) Musim 10

Team Haq kini bakal mewakili Malaysia bersama pasukan Todak untuk ke M4 World Championship Mobile Legends yang akan berlansung di Jakarta.

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada mereka.

Beliau mengatakan bakat-bakat muda seperti ini perlu disokong dan digilap untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Sudah terbukti bakat-bakat anak muda e-sukan kita semakin hebat.” tambah beliau lagi di ciapan Facebook.

 

RELATED NEWS

+