Peridot, permainan video AR baru dari pencipta Pokemon GO

Niantic mengumumkan permainan video AR baharu mereka iaitu Peridot.

Sama seperti Pokemon GO dan Pikmin Bloom, Peridot akan menggunakan fungsi AR yang sama.

Dalam permainan ini, anda akan membela satu jenis makhluk yang telah tidur selama beribu-ribu tahun dan mereka memerlukan pertolongan anda untuk elak dari kepupusan.

Anda boleh menjaga, membesarkan dan membiak Peridot anda.

Peridot gameplaySetiap Peridot akan mempunyai kelebihan dan perangai masing-masing.

Motif anda adalah untuk menghasilkan pelbagai spesis sebanyak mungkin.

Peridot akan melancarkan beta untuk beberapa rantau melalui App Store dan Google Play hujung April ini.

RELATED NEWS

+