Perjalanan skuad negara, Todak MLBB di kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 kini berakhir selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan negara seberang, Bigetron Alpha.
Di pusingan kalah mati itu, Todak MLBB tewas 0-2.
Dalam perlawanan pertama, draft Bigetron Alpha seperti mematahkan strategi pasukan Todak. Pemilihan Karrie dapat meleburkan nyawa tank seperti Uranus dan Esmeralda dengan mudah kerana kuasa pasif true damage. Pemilihan Harith juga sangat berkesan kerana boleh mengenakan damage tinggi ketika teamfight.
Todak mengharapkan kekuatan dari Ciku dan Momo namun mereka dihukum teruk kerana Ciku sering tertangkap.
Renbo adalah pemain yang paling tinggi gold-per-minute dan Matt mengenakan jumlah serangan tertinggi.
Kyy dipilih sebagai MVP kerana sering mengasak core Todak MLBB dan berjaya mendapatkan sehingga lapan jumlah mata bunuh.
Di game kedua, mereka juga tewas apabila Bigetron Alpha bermain dengan draft lebih baik.
Masih mempunyai satu lagi wakil Malaysia akan berlawan pada hari ini iaitu RSG MY ke atas skuad Filipina, Blacklist International jam 5 petang ini.
MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga 13 Jun ini, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.