Perjuangan Team Secret belum selesai, masih ada PEI 2021

Kuala Lumpur: Meskipun tidak berjaya lolos ke PMPL Asia Tenggara, Team Secret masih mempunyai satu kejohanan besar yang akan bermula esok.

Bersama wakil senegara, Dingoz MPX, mereka akan bertanding di Kejohanan Jemputan Peace Elite Asia (PEI 2021) yang akan berlangsung pada esok hingga 29 April ini.

PEI 2021 menggunakan permainan mudah alih Game For Peace (PUBG Mobile versi China). Ia berikutan kerajaan negara tersebut yang mula mengiktiraf Game For Peace kerana tiada unsur ekstrim atau keganasan melampau yang melanggar polisi republik itu.

Team Secret dan Dingoz MPX akan disertai oleh pasukan lain dari serata Asia.

Artikel berkaitan: Dingoz MPX sudah bersedia

Pasukan Wild Card juga sudah ditemui iaitu Huya FA dari China. Sementara itu, wakil dari negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Vietnam dan Indo juga menyertai.

China mempunyai Weibo Gaming dan RNG sebagai wakil.

Ini adalah format dan juga hadiah terkumpul iaitu sebanyak RM1.9 juta.

Sebelum ini, Team Secret berada di tempat kelapan ketika final PMPL MYSG musim ketiga yang berakhir semalam.

PEI 2021 akan bersiaran langsung di Huya TV dan Douyu.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+