Permainan seram 2013 Slender The Arrival akan kembali di iOS dan Android pada bulan ini

Permainan seram survival oleh Blue Isle Studios, Slender Man: The Arrival, akan tiba ke peranti Android dan iOS tepat pada waktunya untuk musim Halloween.

Slender: The Arrival adalah susulan dari permainan indie Slender yang sangat popular. Slender asalnya dikeluarkan secara eksklusif untuk PC pada tahun 2013. Sejak itu, pasukan pembangunan di Blue Isle memindahkan judul itu ke pelbagai pelantar, termasuk PlayStation, Xbox dan Nintendo yang merangkumi dua generasi konsol.

Studio itu mengumumkan melalui treler rasmi bahawa ia akan membawa permainan Slender Man ke peranti mudah alih pada 13 Oktober dengan pra-tempah tersedia sekarang.

Permainan ini amat popular dalam kalangan streamer seperti JackSepticEye dan PewDiePie. Video di bawah ini sahaja sudah mempunyai lebih 10 juta tontonan. 

Blue Isle mendorong pemain untuk mengalami keseraman itu sekali lagi dengan versi mudah alih Slender: The Arrival yang disertakan dua tahap baru, koleksi tambahan dan pelbagai perubahan untuk mengemas kini permainan.

Anda boleh pra-tempah Slender: The Arrival di iOS dan Android sekarang dan akan dilancarkan pada 13 Oktober.

RELATED NEWS

+