Permainan video Squid Game dalam pembikinan?

Squid Game sudah menjadi satu bahan bualan seluruh Malaysia beberapa minggu ini malah sering diperkatakan di seluruh dunia.

Drama siri di Netflix ini menceritakan beberapa orang yang berhutang terlalu banyak kini boleh mengubah hidup mereka dengan memasuki permainan Squid Game.

Pemenang permainan itu akan mendapat 45.6 billion won iaitu bersamaan RM152 juta. Pemain yang kalah pula akan dibunuh. 

Berita permainan video Squid Game ini dilaporkan oleh Tom Henderson, seorang leaker yang pernah memberi beberapa tip seperti permainan video GTA 6 dahulu.

Setakat ini masih belum ada apa-apa berita mengenai permainan video Squid Game ini.

Malah sudah banyak  versi permainan video Squid Game yang wujud di Roblox.

Tetapi adakah versi ini akan menjadi lebih baik daripada versi Roblox yang pelbagai?

Namun, populariti Squid Game mungkin tidak akan bertahan lama akibat semua orang sudah menonton cerita itu.

Adakah sudah terlambat?

RELATED NEWS

+