PewDiePie bakal jadi bapa tahun ini

Felix Kjellberg atau lebih dikenali sebagai PewDiePie, mengumumkan isterinya Marzia Kjellberg kini mengandung.

Mereka berdua sudah lama menjadi pertanyaan peminat bila PewDiePie akan mendapat anak.

“Saya dah lama menyimpan rahsia ini,” ujar PewDiePie dalam videonya.

PewDiePie juga mengatakan dia sangat bersyukur untuk memulakan kehidupan berkeluarga bersama Marzia kerana dia adalah insan paling penyayang pernah dikenalinya.

PewDiePie antara YouTuber paling popular dan paling ramai pengikut di YouTube.

RELATED NEWS

+