Pharsa hero paling banyak digunakan pada minggu pertama MPL MY musim ke-11

Pada minggu pertama Liga Profesional MLBB (MPL MY) musim ke-11, terdapat pelbagai hero yang sudah digunakan dan dibuang keluar (ban) oleh pasukan masing-masing.

19 perlawanan sudah dimainkan pada minggu pertama ini dan pelbagai meta yang baru dan lama digunakan untuk mencapai kemenangan. 

Hero yang banyak dipilih pada minggu pertama MPL MY musim ke-11 adalah Pharsa. Dia dipilih sebanyak 13 kali dan mempunyai kadar kemenangan sebanyak 46%.

Fredrinn menjadi hero pilihan untuk pemain jungler di MPL MY dan dipilih sebanyak 12 kali. Fredrinn mempunyai kadar kemenangan sebanyak 50%.

Grock, Kadita dan Martis melengkapkan senarai lima hero yang banyak dipilih oleh pasukan-pasukan di MPL MY.

Bagi hero-hero yang dibuang keluar, Fanny mendahului carta itu dan setakat ini sudah dikenakan ban sebanyak 17 kali. Walaupun dibuka pada perlawanan di antara Team SMG dan Madness Esports, namun hero ini tidak dipilih oleh mana-mana pasukan itu.

Wanwan dan Joy juga menjadi hero yang banyak kali dibuang keluar (16 kali) pada minggu pertama. Kaja dan Faramis melengkapi senarai lima hero paling banyak dibuang pada minggu pertama MPL MY musim ke-11.

75 hero masih belum dipilih oleh pasukan-pasukan di MPL MY. Terdapat beberapa hero yang tidak meta kini dimainkan seperti Yin dan Odette. 

Apakah hero-hero yang akan dipilih pada minggu kedua yang akan bermula pada 17 Mac ini? Sama-sama kita lihat.

RELATED NEWS

+