Pilih elemen anda dalam acara terkini Wild Rift: Way of the Dragonmancers

Acara League of Legends: Wild Rift Way of the Dragonmancers sudah dilancarkan dan kini sedang berlangsung. Acara ini berlangsung dari 20 Oktober hingga 8 November dan akan menampilkan barisan skin Dragonmancers untuk Ashe, Brand, Aurelion Sol, Master Yi, dan Kai’Sa.

Acara Wild Rift Way of the Dragonmancers akan mempunyai misi sepanjang tiga minggu yang boleh dijalankan pemain untuk memperoleh mata sepanjang acara berlangsung.

Pemain akan menjalankan 10 misi setiap minggu tetapi hanya satu misi yang dapat dilancarkan pada satu masa. Menyelesaikan misi memberi ganjaran kepada pemain dengan pelbagai koleksi dan sumber dalam permainan seperti ikon, emotikon, pose, Blue Motes, bersama dengan barang-barang bertema acara lain.

Cari Elemen Anda

Sebelum anda menyertai acara ini, anda perlu mencari elemen anda terlebih dahulu. Dengan ujian dalam permainan, pemain dapat memilih elemen dan mengikuti perjalanan dengan Dragonmancers. Ujian ini boleh dilakukan berkali-kali tanpa had. Namun, selepas pemain memilih elemen mereka, ia tidak dapat dilakukan lagi.

Elemen ini juga adalah pasukan anda sepanjang acara. Sepanjang acara berlangsung, pemain akan mempunyai tag spawn berdasarkan elemen pilihan mereka. Pemain juga memperoleh mata untuk setiap misi acara yang mereka selesaikan yang menyumbang kepada kemajuan keseluruhan pasukan. Pasukan dengan mata tertinggi pada akhir acara akan menerima ikon edisi terhad, dua kad dorongan pasukan, dan tag elemen mereka dipanjangkan selama satu minggu.

Pasukan yang kalah, sebaliknya, akan menerima dua kad dorongan pasukan tetapi elemen-elemen mereka akan dibatalkan setelah acara berakhir.

Misi Acara

Acara ini akan menyediakan 10 misi setiap minggu yang mesti diselesaikan mengikut urutan yang diberikan. Misi ini tidak akan berakhir sehingga acara berakhir tetapi hanya satu misi yang dapat diselesaikan sebelum beralih ke misi berikutnya.

Antara contoh misi-misi yang terdapat dalam acara adalah:

  • Lengkapkan tag spawn atau main 5 permainan
  • Tewaskan 40 lawan
  • Hasilkan 45,000 damage pada Champion musuh
  • Sebagai satu pasukan, hancurkan 15 menara
  • Sebagai satu pasukan, dapatkan 100 tewasan
  • Sebagai satu pasukan, dapatkan First Blood 2 kali atau Main 5 permainan
  • Sebagai satu pasukan, dapatkan 300,000 Gold
  • Bantu memusnahkan 5 menara
  • Sebagai satu pasukan, bunuh Elder Dragon atau Main 5 permainan

Ganjaran menyelesaikan misi-misi yang terdapat dalam acara ini adalah 10 Event XP dan 100 Blue Motes yang boleh digunakan untuk menebus bonus serta ganjaran dari acara masa terhad ini.

Acara ini akan tamat pada 8 November, jadi janganlah ketinggalan dalam misi mengumpul set-set Champion anda!

RELATED NEWS

+