“Pilih Squpoz sebab dia paling serasi dan berpengalaman,” – Aim

Pasukan Rahasia adalah salah satu pasukan yang layak ke musim liga MPL MY musim kelapan selepas memenangi pusingan kelayakan semalam.

Mengikut ulasan pengulas, ramai yang mengenalpasti pemain-pemain ini adalah bekas pemain Orange Esports iaitu Aim, Neo, Mali dan Mom. Namun, yang mencuri perhatian apabila pengulas menyebut nama Squpoz (pemain Team Bosskurr pada musim keenam) yang bermain sebagai Jagindas.

Bercakap kepada penulis, Aim mengatakan Squpoz dipilih kerana faktor keserasian dan paling banyak pengalaman.

“Masa tempoh percubaan, kami cuba bakat tiga pemain. Kami kekurangan sidelaner ketika itu.

“Antara ketiga-tiganya, kami pilih Squpoz sebab keserasian dan pengalamannya di MPL musim keenam sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Squpoz atau nama sebenarnya Muhammad Zafri Che Mohd Zulkifli adalah pemain kelima pasukan Rahasia dalam kelayakan itu. Beliau hanya berlatih selama dua minggu dengan lineup bekas pemain Orange Esports ini.

Dalam kelayakan itu, boleh dilihat Squpoz atau Jagindas (dalam perlawanan) bermain dengan begitu baik, membuat split push dan membantu mengalihkan perhatian pasukan lawan.

Aim juga mengatakan Squpoz tidak pernah bermain bersama untuk kelayakan ke pentas profesional namun kemenangan ini pastinya menunjukkan beliau adalah pemain yang sesuai dan serasi di musim liga nanti.

Musim liga MPL MY S8 dijangka bermula Ogos ini dan menampilkan 10 pasukan (8 jemputan) bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM419,000).

Pasukan Rahasia dianggotai oleh:

  • Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi – Mom
  • Muhammad Azam Ahmad – Neo
  • Muhammad Raziq Muhammad Bukhari – Mali
  • Muhammad Zafri Che Mohd Zulkifli – Squpoz

RELATED NEWS

+