PlayStation Plus: Dapatkan Pro Evolution Soccer 2019 & Aegis Defenders Secara Percuma Untuk Julai 2019

Tinggal beberapa hari sahaja pada bulan Jun ini dan ia juga menandakan kita sudah tiba ke penghujung bulan Syawal. 

Seperti biasa, PlayStation Plus memberikan beberapa game percuma khas kepada pelanggan pada setiap bulan. Jom kita lihat senarai game percuma bakal dimuat turun pada 3 Julai sehingga 6 Ogos.

  • Pro Evolution Soccer 2019 – game bola sepak kalau korang bosan main FIFA 19.

  • Aegis Defender – game berbentuk 2D action platformer ini mengambil inspirasi daripada perlawanan Tower-Defense dan boleh dimainkan seramai 4 orang secara co-op.

Terdapat juga tema Piposaru And Toro 20th Anniversary PS4 secara percuma khas untuk pelanggan PlayStation Plus.

Bagi mereka belum lagi dapatkan game percuma bulan lepas, korang boleh rujuk senarai game percuma PS Plus untuk bulan Jun di sini dan pastikan korang muat turun sebelum tiba 3 Julai 2019!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: YouTube

RELATED NEWS

+