PlayStation VR Terjual Lebih 3 Juta Unit Di Seluruh Dunia

Sony mengumumkan PlayStation VR yang terjual sebanyak 3 juta unit, satu angka yang agak mengagumkan sebenarnya.

Sejak dilancarkan pada Oktober 2016, kini PSVR mempunyai lebih 340 permainan yang dah pun terjual sebanyak 21.9 juta salinan.

Mereka juga memberi senarai permainan yang berjaya merekodkan jualan tertinggi. Ini adalah 10 permainan terbaik PSVR di Amerika Utara:

1. The Elder Scrolls 5: Skyrim VR

2. PlayStation VR Worlds

3. Rec Room

4. Resident Evil 7

5. The Playroom VR

6. Job Simulator

7. Until Dawn: Rush of Blood

8. Batman: Arkham VR

9. Farpoint

10. Superhot VR

Sony juga mengumumkan tarikh pelancaran bagi dua permainan baru PSVR, Creed: Rise to Glory pada 25 September ini dan Evasion pada 9 Oktober. 

Sumber: VG247

TAGS

RELATED NEWS

+