PMCO: AROV Sambar Winner Winner Chicken Dinner Kelima Malaysia

Dalam liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) yang sudah memasuki minggu ketiga, skuad Malaysia, AROV Esports berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken dinner (WWCD) kelima buat Malaysia selepas menewaskan skuad Thailand, Illuminate di bulatan terakhir.

Strategi AROV mengena apabila BoY membuat tembakan rambang di tepi dinding bagi memaksa Illuminate untuk mengisi peluru senapang mereka. Tatkala mereka reload, kesempatan diambil BoY untuk masuk ke dalam rumah itu lalu menembak ahli Illuminate. 

Dengan kemenangan ini, mereka meraih sebanyak 30 mata untuk placing manakala 13 mata ekstra untuk jumlah pembunuhan (keseluruhan 43 mata).

Bagi ranking keseluruhan hari ini (Rabu), AROV berada di kedudukan kelima dengan 70 mata dan VIP di tempat ketujuh dengan 66 mata.

Korang boleh saksikan perlawanan penuh untuk hari kedua bagi minggu ketiga liga Asia Tenggara PMCO di bawah:

RELATED NEWS

+