PMCO: Harapan Team Secret Makin Tipis

Pasukan PUBG Mobile negara, Team Secret kini berada dalam kedudukan yang sangat membimbangkan dalam kejohanan PMCO Global Prelims sebaik saja memperoleh hanya 3 mata di peta kesepuluh, Erangel.

Mengikut skor daripada Liquipedia, Secret mengumpul 107 mata setakat ini di tempat keduabelas.

Harapan mereka untuk mendapat kedudukan 5 finalis sangatlah sukar kerana jika mereka ingin berjaya, mereka perlu dapatkan dua Chicken Dinner dalam baki dua perlawanan akhir ini.

Pasukan Thailand yang juga wakil Asia Tenggara, PLM sangat konsisten dengan memperoleh WWCD sebanyak tiga kali setakat ini dan berada di kedudukan teratas carta.

PMCO Global Finals Prelims bermula semalam hingga hari ini (Ahad) menyaksikan 16 pasukan dari serata negara yang berentap merebut kedudukan 5 teratas untuk layak ke finals pada 26 Julai ini.

Finals akan berlangsung selama dua hari di Berlin, Jerman dengan hadiah kemenangan USD400,000 (RM1.6 juta). 

Ayuh laungkan Malaysia Boleh dan berikan mereka sokongan! Saksikan live secara langsung di Youtube.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+