PMCO: ‘Impian Saya Hanya Untuk Bermain Di Peringkat Dunia, Harap-Harap Jadi Kenyataan’ – ManParang

Kapten pasukan Yoodo Gank, Aiman Amirul ‘ManParang’ Mohd Sahid berharap pasukannya berjaya untuk mara ke PUBG Mobile Club Open (PMCO) Global Finals yang akan berlangsung pada November ini.

Aiman memuat naik status di Facebook mengatakan ini adalah impiannya sejak tiga tahun lalu.

“Impian saya hanya untuk bermain di peringkat dunia (global). Esok adalah hari terakhir musim liga PMCO.

“Harap-harap iaboleh dikecapi. In sha Allah,” tulisnya.

Jejaka ini yang mempunyai pengalaman tiga tahun dalam permainan video PlayerUnknown’s Battlgrounds (PUBG) dan versi permainan mudah alih (PUBG Mobile) sebelum ini layak ke Kejohanan Asia Tenggara PMCO namun gagal merebut slot ke Global Final kerana prestasi yang kurang memuaskan.

Bagaimanapun kali ini, Yoodo Gank berharap untuk mencari rentak baru. Hari ini mereka akan bertarung untuk hari terakhir musim liga PMCO Fall Split.

Mengikut carta ranking yang dipetik dari Liquipedia, Yoodo sekarang berada di kedudukan selamat iaitu tangga ke-15 dan berhasrat menaiki anak tangga harini dengan menyasarkan seberapa banyak mungkin Winner Winner Chicken Dinner dalam enam perlawanan akan dipertandingkan.

Mereka sebelum ini menukar seorang pemain tidak lama selepas PMNC berakhir, mengambil pemain baru, iShotz atau nama sebenarnya, Raymond Tan Boon Sheng.

Sementara itu, pasukan Malaysia lain, Team Secret, AROV Esports dan Bapak Ah perlu bertungkus lumus mencari ‘ayam’ bagi melayakkan diri ke kejohanan Asia Tenggara pada November nanti di Bangkok, Thailand.

Masing-masing berada di kedudukan tercorot; tangga ke-18, 19 dan 20. Vip Squad pula sudah habis perlawanan dan mereka hanya perlu bergantung pada nasib jika pasukan bertanding hari ini gagal merebut kedudukan ke-14 dipegang mereka.

Kesemua pasukan di musim liga PMCO perlu berada di kedudukan enam belas teratas untuk layak ke kejohanan PMCO Asia Tenggara.

Foto: VSPN

RELATED NEWS

+