PMPL CIS dibatalkan, slot akan diberikan kepada Turki dan Eropah Barat

PUBG Mobile Esports kini membatalkan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) CIS Spring kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Liga ini adalah yang pertama diperkenalkan di rantau ini.

Beberapa pemain dari Rusia dan Ukraine juga turut bertanding dalam liga ini.

Sehubugan dengan itu, PUBG Mobile memutuskan untuk membatalkan acara ini.

Mereka tidak menyatakan isu (konflik Rusia-Ukraine) yang sedang berlaku ini dalam kenyataannya, sebaliknya merujuk sebagai “senario dunia semasa”.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk dibuat, tetapi jelas bahawa kami tidak dapat mengekalkan kualiti produksi di tahap terbaik dan persaingan yang layak diterima oleh pemain dan peminat kami,” tulis kenyataan itu.

Pasukan yang memenangi PMPL CIS sepatutnya layak ke Kejohanan Eropah PMPL.

Disebabkan pembatalan itu, slot dari rantau ini akan diberikan kepada pasukan PMPL di Eropah Barat dan Turki.

Selain itu, PUBG Mobile Club Open (PMCO) peringkat CIS juga turut dibatalkan.

Pendaftaran untuk pertandingan peringkat amatur akan dibuka di seluruh dunia bermula esok, tetapi pemain dari rantau CIS tidak akan layak untuk bertanding.

Foto dan Rujukan: dotesports

RELATED NEWS

+