PMCO: Perjuangan Secret Terhenti, Gagal Ke Final

Perjuangan pasukan PUBG Mobile negara, Team Secret nampaknya tidak dapat diteruskan ke PMCO Global Finals pada minggu depan.

Ketika pusingan kelayakan awal (prelims) melabuhkan tirainya sebentar tadi, Secret hanya berjaya membolot keseluruhan 141 mata dan berada di kedudukan kesebelas dalam carta.

Pada perlawanan kesebelas, mereka berjaya mendapatkan 14 jumlah mata pembunuhan di mana AlexeR dan Stew9K memberikan persembahan luar biasa namun ia tidak dapat menyelamatkan skor yang masih rendah.

Mereka gagal menduduki tangga lima teratas yang diperlukan untuk layak ke final pada 26 Julai depan tapi pastinya kita akan melihat persembahan mereka semula ketika liga Asia Tenggara PMCO Fall Split di Bangkok, Thailand nanti.

Secara keseluruhan, pasukan China X-Quest F dan wakil Thailand, Purple Mood E-Sport (PLM) berjaya mengungguli carta dengan beberapa WWCD dan placement yang konsisten dalam 12 perlawanan dipertandingkan, memperolehi lebih 300 mata!

Skuad Team Queso pula adalah satu-satunya wakil bukan dari Asia yang berjaya menduduki tangga lima teratas. Skuad dari Sepanyol ini layak selepas mengumpulkan sebanyak 203 mata.

ARG dari Jepun turut mara dengan 185 mata manakala Top Esports (China) mara dengan 200 mata.

PMCO Global Finals Prelims bermula semalam hingga hari ini (Ahad) menyaksikan 16 pasukan dari serata negara yang berentap merebut kedudukan 5 teratas untuk layak ke finals pada 26 Julai ini.

Finals akan berlangsung selama dua hari di Berlin, Jerman dengan hadiah kemenangan USD400,000 (RM1.6 juta). 

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+